Hak Cipta © 2021, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Program Jelajah Restorasi (Le Tour De Restoration) - Greening Sarawak

Program Jelajah Restorasi (Le Tour De Restoration) - Greening Sarawak adalah selari dengan program Penghijauan Malaysia yang telah dilancarkan secara serentak seluruh negara pada 5 Januari 2021 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Jadual program Le Tour De Restoration

Tarikh/Lokasi

30 September 2021 - DUN baru Kuching

04 Oktober 2021 - Sri Aman

07 Oktober 2021 - Sarikei

11 Oktober 2021 - Kapit

13 Oktober 2021 - Sibu

16 Oktober 2021 - Bintulu

20 Oktober 2021 - Miri

30 Oktober 2021 - Lawas

Majlis pelancaran program Le Tour De Restoration akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan dilakukakan serentak bersempena dengan Bulan Inovasi Sarawak peringkat Jabatan Hutan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah

  1. Pengagihan anak pokok
  2. Mengedarkan risalah, SILARA Buletin dan FLR Kit
  3. Mempromosikan portal 100jutapokok.gov.my

Jabatan Hutan mensasarkankan lebih 50,000 anak pokok akan diagihkan untuk penanaman oleh agensi Kerajaan dan swasta, badan korporat, NGO, sekolah dan sebagainya sepanjang program jelajah ini.

Objektif

  1. Meningkatkan kesedaran berterusan kepada penduduk Sarawak untuk menanam pokok dan menghijaukan alam sekitar;
  2. Mempromosi serta meningkatkan publisiti berkaitan portal 100jutapokok.gov.my dan apps Penghijauan Malaysia di kalangan orang awam bagi meningkatkan jumlah pendaftaran penanaman awam bagi Negeri Sarawak;
  3. Mempelbagaikan aktiviti untuk individu dan masyarakat dalam menyemarakkan kempen "Greening Sarawak" pada situasi pandemic; dan
  4. Merakyatkan komitmen dan semangat mengekalkan kawasan litupan hijau di Sarawak.

Setakat 28 September 2021, Sarawak mencatatkan jumlah penanaman tertinggi antara Negeri dengan penanaman sebanyak 6,780,224 pokok. Sasaran Sarawak adalah 35 juta pokok dalam tempoh 5 tahun iaitu dengan purata 7 juta pokok setahun.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my