Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Warga FRIM tanam pokok sempena bulan kemerdekaan
diterbitkan pada 07 September 2021

Latifamir B. Ibrahim

Warga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama ahli-ahli keluarga telah meraikan sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia ke-64 dengan menyertai aktiviti dan Pertandingan Gambar Penanaman Pokok bersama Jalur Gemilang.

Pertandingan yang dilancarkan oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM pada 13 Ogos lalu dianjurkan semasa Perhimpunan Bulanan secara maya.

Tujuan pertandingan ini untuk memeriahkan sambutan, menyemarakkan semangat cintakan negara serta menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025).

Seramai 48 penyertaan diterima daripada kakitangan FRIM termasuk staf Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Perlis; SPF Pasoh, Negeri Sembilan serta SPF Bidor, Perak.

Para peserta digalakkan untuk menanam pokok berkayu dan penanaman perlu dijalankan mulai 13 sehingga 30 Ogos.

Gambar-gambar mereka dikongsi melalui Facebook FRIM pada jam 8.00 pagi, 31 Ogos dan tiga gambar yang memperolehi paling banyak ‘Likes’ dalam masa 24 jam dipilih sebagai pemenang.

Tiga pemenang hadiah utama:

  1. Latifamir B. Ibrahim (349 Likes)
  2. Aini Izzati Binti Ahmad Sohimi (341 Likes)
  3. Nur Nabilah Binti Alias (319 Likes)

Aini Izzati Binti Ahmad Sohimi

Nur Nabilah Binti Alias

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my