Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

"Adopt a Tree" di Pantai Eco Park: Kempen awam oleh Persatuan Alam Malaysia (MNS) dan Indah Water Konsortium (IWK) untuk memulihkan Pantai Eco Park
diterbitkan pada 25 March 2021

100 batang pokok hutan telah ditanam di hutan bandar mini atau dikenali sebagai Khazanah Rimba yang terletak di Pantai Eco Park, Pantai Dalam (taman rekreasi awam yang diurus IWK).

Usaha penanaman pokok ini adalah hasil inisiatif kempen Adopt a Tree iaitu satu usahasama antara IWK dan Malaysian Nature Society (MNS), untuk menjadikan kawasan Pantai Eco Park sebagai hutan bandar mini yang dapat memberi perlindungan kepada spesies fauna, sekaligus menjadikannya kawasan hutan Bandar yang dapat dinikmati orang awam.

Melalui kempen ini, MNS menjana sumbangan daripada penderma yang terdiri daripada individu, mahupun syarikat. Setiap penderma menyumbang sebanyak RM140 bagi setiap pokok. Pokok-pokok ini seterusnya akan ditanam dan dijaga oleh pihak MNS dengan mengoptimumkan penggunaan bi-produk IWK iaitu biopepejal. Biopepejal bertindak sebagai perapi tanah (soil conditioners) iaitu baja untuk meningkatkan kesuburan tanah serta meningkatkan pertumbuhan tanaman bagi tanaman bukan makanan.

Antara pokok yang telah ditanam termasuk pokok Terap, Sentol, Merawan Bunga, Kapur, Kekatong, Tampoi, Kekabu, Keruing Bulu, Giam Lintah Bukit, Melaka, Ipoh, Merawan Kanching, Merbau, Keruing Naram and Belimbing Gunung.

Orang ramai yang ingin menyumbang derma kepada usaha penanaman pokok ini, boleh layari https://bit.ly/3tPPcHa atau untuk maklumat lanjut sila emel kepada wipeoutwaste@mns.org.my.

#EraBaharuAir
#NewLifeForWater
#IWKCares
#AdoptATre

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my