Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Menteri Lawat SPF Bidor
diterbitkan pada 03 March 2021

2 Mac 2021 - Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Bidor (SPF Bidor), Perak petang tadi.

Lawatan ini diadakan untuk meninjau kejayaan usaha penghijauan semula (reforestation) yang dilaksanakan oleh FRIM di kawasan bekas lombong bijih timah ini.

Rombongan Menteri disambut oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) FRIM bersama-sama Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan KP (Operasi); Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan) serta Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi.

Turut hadir, Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KeTSA; Norsham Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan); serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan penerangan tentang latar belakang stesen penyelidikan ini oleh KP FRIM. Seterusnya, rombongan Menteri berkesempatan melawat plot-plot penyelidikan termasuk tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan malabera (Limahlania crenulata).

Taklimat mengenai aktiviti-aktiviti penghijauan semula serta kaedah saintifik yang digunakan dalam pemulihan tanah terosot di stesen ini diberi oleh Dr Ang Lai Hoe, Penyelaras SPF Bidor.

SPF Bidor, juga dikenali sebagai 'Tin Tailings Afforestation Centre' (TTAC) merupakan model kejayaan usaha penghijauan semula kawasan bekas lombong menggunakan teknik penanaman terpilih hasil penyelidikan FRIM.

Melalui kajian saintifik termasuk pemilihan spesies pokok, penambahbaikan tanah dan rawatan silvikultur, kawasan terosot ini telah ditransformasi menjadi hutan buatan manusia.

Sempena lawatan ini, Menteri juga menanam sebatang anak pokok Hopea helferi atau giam lintah bukit.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my